Gathering and analyzing DATA from DATABASE, please wait...

Pages

Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Nabi Muhammad S.A.W Didalam Kitab Hindu

            Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.a.w.



             Pengarang ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, menamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar". Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.


              Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

              Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pentunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menurut ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).

4. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah kurma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Kurma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

5. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah-tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

6. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jibrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

7. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram di Mekah ke Masjidil al Aqsa di Palestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

8. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh Tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

9. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kalendar Islam).

10. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapkan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.

          Dalam Al-Qur'an telah diceritakan tentang ciri-ciri dan tanda-tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah-hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

p/s: subhannallah... Islam sesungguhnya agama yang sebenar.....


»»  Read more>>

Thursday, March 17, 2011

Disebalik 1malaysia.com

      
Dengan mesej yang lebih panazz...

      Okeh... Kali ni aku nak cerita sikit pasal 1malaysia.com nih... aku dah lama nak share pasal nih.. tapi tiada masa nak update blog nih.. maklumlah.. busy dengan assignment yang berlambak ++ exam dah dekat.. huu.. okeh.. kite masuk topik asal.. 1malaysia.com nih pernah masuk surat khabar Januari yang lalu.. sesiapa yang pernah baca mesti tahu cerita artikel tersebut... dengan tajuk yang gah.. 1MALAYSIA.COM SEDIA GANTI FACEBOOK.. aku rase tak kot... baru2 ni aku dapat tau yang 1malaysia.com nih kena HACK kali KEDUA dengan orang yang sama.. iaitu DEVILzC0DE.. dengan lebih hebat lagi.. wah.. teruk2.. mesti orang dah tak caya ngan laman web sosial tuh.. bila dikaji kenapa hackerz buat cam tu.. dorang cakap nak bagi pengajaran kat admin 1malaysia.com yang bongkak tuh.. aik.. camne hackerz Indonesia boleh tau admin cam tu..

        Laa.. dalam artikel 1malaysia.com tu ade sedikit penipuan.. ntah sedikit ke banyak.. tak tau la.. hee.. admin nih cakap yang dier dah buat website nih selama 8 bulan ntah ape.. aku dah lupa dah.. tapi dier nih dah kantoi.. sebenarnye dorang guna perisian atau kod dari Socialengine.net.. bukan admin buat sendiri.. patut la senang je kena hack.. kalau ye admin nih buat sendiri mesti dier dah tau camne nak protect website dier tuh... korang boleh bandingkan dengan laman web yang lain seperti 1malaysia.asia.. sama atau tak? pandai2 korang la nak bandingkan dan nak cakap apa..

     Dan satu lagi.. senang cerita baca ayat kat bawah ni..
     Korang rase apa yang tak kena dengan mesej nih dan apa kaitan dengan benda kat atas nih... haa.. fikir2kan lah.. k.. tu je kot.. no idea dah.. hee...

p/s: Kalau ada ilmu lebih dari orang jangan nak b'lagak sangat.. padah nanti.. apa kata ilmu yang lebih tu kita kongsi bersama.. kan itu yang lebih baik..



»»  Read more>>

Saturday, January 15, 2011

Tentang Keberanian Tentera Malaysia Pada Suatu Ketika Dahulu (BLACK HAWK DOWN)



Pada suatu ketika dahulu tentera Malaysia (dikenali sebagai MALBAT)telah terlibat dalam satu misi keamanan di somalia(ye kot).. Daripada misi bantuan@keamanan bertukar menjadi tragedi yang mana pasukan bantuan PBB diarahkan untuk membantu askar US yang terperangkap ditengah2 puak militia somalia. helikopter yang dikenali sebagai BLACK HAWK telah ditembak jatuh oleh militia somalia.. Oleh kerana sikap temberang atau sombong US, askar no 1 mereka terperangkap. kononnya nak tangkap pengganas secara senyap tanpa pengetahuan pihak PBB.. 

MALBAT 1 ( Kisah sebenar )

        Sebenarnya sebelum kejadian berlaku pada pagi 3 Okt 1993, MALBAT 1 menerima arahan UNOSOM bagi menyediakan 1 platun mekanis untuk membantu sebuah kenderaan trup UAE yang terkena periuk api dijalan utama menuju ke New Port. Sebaik sahaja MALBAT melapor di markas UAE, Pegawai gerakan MALBAT telah menerima arahan pembatalan misi.

              Pembatalan itu dibuat bagi membolehkan MALBAT membantu pihak yang lebih memerlukan bantuan. Misi baru tersebut adalah supaya 2 kompeni MALBAT diletakkan dibawah markas UNOSOM II bagi menyelamatkan Ranger A.S serta krew helicopter yang terlibat di kawasan kemalangan terbabit.

             Ketua kompeni B telah diarahkan membawa baki kompeninya yang berada di kem MALBAT untuk bergabung dengan platun yang berada di New Port. Platun anti kereta kebal (AKK) menyertai kompeni B bergerak ke New Port. Di New Port dua kompeni mekanis kompeni A dan B dan platun AKK MALBAT itu telah bergabung dengan satu trup kereta kebal Pakistan dan 2 kompeni tentera A.S dari 2/14 Light Infantry Battalion dan satu kompeni Ranger yang dilengkapi kenderaan HMMWV. Gabungan ini dikenali sebagai UNOSOM II QRF.

Lt. Kol. William C David, Pegawai memerintah 2/14 Light Infantry Battalion adalah ketua kumpulan QRF sementara komander keseluruhan misi adalah Kol. Lawrence E Casper. Semua anggota raifal MALBAT diarah keluar dari kenderaan KPA (Kenderaan Pengangkutan Anggota) kecuali pegawai, Juru Radio, Pemandu dan pengendali GPMG belakang bagi membolehkan tentera A.S menaiki kenderaan ini. Mereka yang keluar dari kenderaan tidak terlibat dalam misi tetapi sebaliknya dibawa pulang ke kem MALBAT dengan selamat pada jam 10.30 pagi. Konvoi yang membawa mereka pulang ke kem MALBAT terdiri daripada 3 pegawai, 22 anggota LLP (Lain-lain pangkat), 5 buah KPA dan 10 buah lori 3 tan diketuai ajutan Teknik Rejimen MALBAT 1. Kumpulan ini adalah pasukan simpanan Aselon MALBAT yang menyediakan bantuan sekiranya diperlukan.

             Operasi ini melibatkan 113 anggota MALBAT termasuk 11 pegawai, 34 buah KPA (28 buah KPA GPMG kembar dan 6 buah KPA Oerlikon 20 mm) Perancang utama misi menyelamat MALBAT ialah Mej. Mohd Arif Hj. Shafie. Mengikut maklumatyang diterima daripada Col. Lawrence E Casper terdapat 70 anggota Ranger A.S terperangkap di lokasi 2 helikopter Black Hawk yang terhempas dimana jurutebangnya telah disyaki telah dibunuh. Mengikut konsep operasi C kompeni 2/14 Light Infantry Battalion dikenali sebagai Combat Team Alpha menaiki KPA kompeni A MALBAT dan dikenali sebagai Combat Team Charlie. Anggota Ranger A.S dikenali sebagai Combat Team Bravo menaiki HMMWV . Mereka telah menggunakan laluan New Port-Strong Point 77 untuk menyusup masuk ke lokasi anggota terperangkap menggunakan via (jalan) Roma, Strong Point 69 menerusi via Jeneral Daud dan Strong Point 207 sebelum melalui National Street.

             Kesemua combat team akan berpecah menuju ke sasaran masing-masing. Laluan pengunduran adalah menuju ke Stadium Mogadishu yang diduduki tentera Pakistan. Semasa pergerakan dari New Port ke lokasi sasaran trup kereta kebal Pakistan mendahului pergerakan ke sasaran diikuti ketiga-tiga combat team Alpha, Bravo dan Charlie. Peranan combat team Alpha adalah untuk menyelamatkan krew Black Hawk dan 70 anggota Ranger yang terperangkap di lokasi yang sebagai objektif 1 (Grid 363256) Combat team Charlie berperanan menyelamat 5 orang krew Black Hawk yang terhempas di objektif 2 (Grid 365263). Combat team Bravo berperanan sebagai pasukan simpanan hanya untuk digerakkan membantu team Alpha dan Charlie jika perlu.

                 Semasa menuju ke tempat sasaran pada jam 11.25 malam B kompeni mendahului konvoi bergerak dari New Port dengan 2 buah kereta kebal Pakistan. Bagaimanapun semasa tiba di Strong Point 69, Trup kereta kebal Pakistan menarik diri dengan alasan Markas Batalion mengarahkan mereka supaya tidak meneruskan misi tersebut. Selain itu mereka turut mendakwa senjata utama kereta kebal mengalami kerosakkan teknikal dan mereka juga tidak dibekalkan alat pandang malam. Menyedari kejadian tersebut, Combat Team Alpha diarah oleh Lt. Kol. David memintas trup kereta kebal Pakistan namun platun 2 combat team alpha terpaksa juga meneruskan misi.

           Walaupun menyedari keadaan semakin genting dan mereka bakal menghadapi serangan hendap dari militia pada bila-bila masa , unit MALBAT bertekad meneruskan misi menyelamat anggota Ranger tanpa kehadiran kereta kebal Pakistan.(Sebelumnya pihak Pakistan telah kehilangan 24 orang tentera Pakistan dan 50 orang cedera akibat dari serangan hendap oleh militia Aidid).

Selepas melepasi strong point 69 pergerakan menjadi semakin sukar lebih-lebih lagi tanpa bantuan tembakan perlindungan kereta kebal. Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan semakin perlahan dengan kenderaan platun 2 Alpha terpaksa bergerak secara taktikal dalam suasana gelap yang hanya dibantu cahaya lampu kenderaan. Pada jam
2:40 pagi pergerakan menjadi semakin perlahan setelah konvoi menghampiri strong point 207 lantas menghadapi serangan kencang dari militia Somalia. Bagaimanapun kedua-dua combat team mengambil keputusan berpecah sebaik sahaja tiba di Shalawi Street berhampiran strong point 207. Semasa kompeni A tiba di strong point 207 mereka telah diserang bertalu-talu dengan tembakan pelbagai jenis senjata dari pelbagai sudut.

             Bagaimanapun aktiviti musuh dapat dimusnahkan dengan bantuan helicopter penyerang. Semasa tiba dilokasi sasaran, Ranger A.S yang menaiki KPA MALBAT turun daripada kenderaan untuk mara menyelamatkan rakan mereka yang terperangkap sementara KPA MALBAT memberi bantuan tembakan perlindungan. Dalam pertempuran sengit itu sebuah kenderaan platun 2, kompeni A yang menghampiri kawasan sasaran dibedil dengan RPG dari arah hadapan sehingga menembusi cermin APC condor 4X4. Kejadian jam 3:30 pagi itu telah mengorbankan Pbt. Mat Aznan, Sebaliknya serangan yang dihadapi kompeni B tidak sehebat kompeni A.

             Pada jam 4:30 pagi keadaan pertempuran semakin sengit, ketua kompeni MALBAT melaporkan 2 buah KPA kompeni A mengalami kerosakan. Keputusan diambil untuk meninggalkan kenderaan tersebut dan berudur dari lokasi sasaran pada 5:30 pagi setelah mendapati semua ranger A.S selamat menaiki KPA. 2 buah KPA dari kompeni B turut rosak akibat dibedil RPG pada pukul 4:30 pagi. Kompeni B diarah berundur bersama anggota ranger A.S yang terperangkap. Perintah berundur turut diberikan kepada kompeni A. Setelah semua kompeni telah selamat keluar, MALBAT mengarahkan helicopter penyerang memusnahkan keempat-empat KPA bagi mengelakkan senjata dari dirampas pihak militia.

                Kompeni A berundur menuju stadium Mogadishu dan tiba pada 5:45 pagi manakala kompeni B pada 6:40 pagi. Dalam pertempuran tersebut, 4 KPA MALBAT telah binasa di tempat sasaran (3 buah KPA twin GPMG dengan nombor pendaftaran ZA 9340, ZA 9341 dan ZA 9467 dan sebuah KPA meriam oerlikom 20 mm nombor pendaftaran ZA 9582). Pertempuran telah mengakibatkan 1 anggota MALBAT terkorban dan 9 cedera. Korban dikalangan militia pula adalah seramai 300 orang dan 500 cedera.

            Kerajaan dan rakyat A.S telah tersentak dengan angka korban tenteranya di Somalia (Angka korban kedua terbesar setelah berakhirnya perang Vietnam). Angka ini telah menyumbang secara lansung kepada pengunduran A.S di Somalia secara tergesa-gesa dan ini sudah tentu menyebabkan pihak berkuasa politik dan tentera A.S tidak berpuas hati dengan rekod prestasinya. Maka timbul lah sekali lagi sindrom ‘RAMBO’ dikalangan karyawan Hollywood yang telah menghasilkan filem ‘Black Hawk Down. Namun hakikatnya apa yang diceritakan menerusi filem tersebut adalah fakta yang sudah diputar belit dari fakta sebenar.

            A.S yang sepatutnya berperanan menyalurkan bantuan kemanusiaan telah bertindak campur tangan dalam operasi militari yang akhirnya telah melumpuhkan pasukan tenteranya sendiri. BLACK HAWK DOWN merupakan percubaan mengaburkan mata dunia menerusi “silap mata” spin doctor Hollywood supaya kekalahan dapat diberi ilusi kemenangan.

RINGKASAN CERITA INI - Pada 3 Oktober 1993, satu tragedi yang dinamakan “TRAGEDI BAKARA MARKET” telah menjadi satu lipatan sejarah negara dimana anggota pasukan keselamatan kita yang berada dibawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah bertempur di Bakara Market, Mogadishu, Somalia bagi menyelamatkan anggota US Rangers dan juruterbang helikopter Black Hawk. Dalam misi tersebut seorang anggota kita iaitu Pbt Mat Aznan telah terkorban.  
Sehingga hari ini rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan propaganda US dalam filem “THE BLACK HAWK DOWN” sehingga kita sendiri tidak percaya akan kemampuan dan semangat pasukan keselamatan kita. Dengan ini aku paparkan cerita sebenar daripada wira-wira kita yang telah bermati-matian untuk menyelamatkan anggota mereka yang terkepung dari ancaman puak bertelagah di Somalia buat tatapan semua. Al-Fatihah buat Allahyarham Pbt. Mat Aznan.

Cerita Pengalaman Mereka...




Petikan dari MASKULIN.

»»  Read more>>

Blog My-E3CAM
...is easy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...